Fresh Start is a Big Lie

Sunday 19 April 2015

Assalamualaikum?
Kaifa halukum?
Waddup dude?


it takes like a thousand days baru aku dapat update blog.
bukan sebab apa, my life is a mess. aku kurang bersemangat macam zaman blogging dulu,
tiap2 minggu ada isu yang aku seronok nak pertikaikan.
Lagipun masa first aku mula berblogging (ye olde blog deleted by google) ramai kawan2 yang
turut berblogging bersama2.
sekolahpun lebih banyak masa berbanding matrikulasi dan universiti.



Back to the title,

my big fresh start is a lie. azam sana, azam sini, but no change at all.

harapan tinggi tapi usaha tiada. masih menghadap game dan youtube pada waktu lapang.
assignment? no komen, cincai.

as a university student, admitted I am such a horrible student.
why? hopping for my CGPA to increase while my productivity is decreasing.

I can't say that I am lack of motivation. hari2 pergi kelas pensyarah mesti tegur pasal sikap pelajar.
Lack of criticize? banyak je pensyarah jenis macam tu. :-p

I need to hold myself or else i'll drown in my own mistake.

sekadar luahan perasaan dan teguran untuk diri sendiri.

terima kasih sebab sudi singgah blog busuk ini. hehe

byebye,
sayonara,
ma'assalamah.
assalamualaikum.

footnote for myself: cita-cita mengharap segulung sarjana, apakan daya malas setahap ahli falsafah.

Fresh Start: new semester

Friday 5 September 2014

Assalamualaikum, Konnichiwa, Kaifa Halukum? Waddup?


starting from today, aku akan start semester 3, atau tahun kedua semester 1.
lepas ni aku senior dah. haha

so macam biasa la start semester baru, macam tahun baru,
azam dimana-mana.



haha, tak gitu. akupun dah banyak buat benda mengarut sem lepas,
sampai pointer tergolek.
so sem ni harapan tinggi sikit kot. :3



aku ingatkan nak buat post pasal cultural shock, memandangkan banyak student baru yang nak hidup di universiti. tapi takde masa. sekarang ni pun ibu ayah aku tengah sibuk kemaskan barang aku.
hahahaha.

lepas tu nak buat review sikit pasal filem Tanda Putera. sangat tersentuh dengan cerita tu. :')
but sooner or later laa. bukan sekarang.

sekalung apresiasi buat saudara serta saudari yang sudi melawat blog aku yang sekangkang kera ni. berhabuk, tak ber'update'. haha.

so wait for my next update,

Akhir kalam, terima kasih kerana sudi singgah dekat blog aku. :-D
Assalamualaikum, arigatou, sayonara minna, ma'assalamah. :D

p/s: janji manisku :3

Upside Down: Dua Dunia Kita Berbeza

Tuesday 19 August 2014

Assalamualaikum, Konnichiwa, Kaifa Halukum? Waddup?


*upside down, cat version :3


okeh, aku jarang menonton filem romantik, lagi2 filem melayu, hindustan, indo.
kepantangan saraf otak aku kalau terlihat ada babak2 romantik dalam sesebuah cerita.
cepat2 aku baling remote ke televisyen, lepas tu baru tukar siaran lain.
marah cik ina tv dia calar!


quite interesting laa cerita ni. sebab sains fiksyen kan.
apa yang menarik dalam cerita ni, imaginasi mereka berkenaan dunia atau
dua planet yang bersebelahan, mengorbit antara satu sama lain.
berikut sinopsis awal tentang cerita ni, yang membuatkan aku tertarik dengan Upside Down:


penerangan pasal graviti tu sangat menarik, membuatkan aku tak mempedulikan babak romantik loyar
tapi fokus dengan sains dan fizik dalam cerita tu.
if you interested with this film, you can search at google by yourself lah. haha.
if you lucky you can watch at KIX HD, channel 729.
hari tu kebetulan aku terbukak cerita ni. hehe

* two planets orbit each other


Akhir kalam, terima kasih kerana sudi singgah dekat blog aku. :-D
Assalamualaikum, arigatou, sayonara minna, ma'assalamah. :D

footnote: some part of the film is reality,

              2 jurang antara yang 'di atas' dan 'di bawah' memisahkan manusia.


Comeback: kembali ke kehidupan Blogger

Assalamualaikum, Konnichiwa, Kaifa Halukum? Waddup?


okeh, nama diberi Muhamad Syahril Syuhada Bin Rosli. berumur 20 tahun.
nak buat intro ke? haha


berdasarkan (amboi, ayat cliche) tajuk tersebut. so aku teringin nak buat comeback untuk
dunia blogger yang berhabuk ni.



since Afifah Hanani a.k.a. Pipo, blogger yang dihormati memaksa aku untuk buat comeback.
haha.

*mohon diabaikan ayat pertama beliau. :3


akupun agak rindu jugak nak blogging, since my blog is abandoned.
busy dengan new life kat universiti. ( bajet2 siswa).
dulu rajin lepas sekolah dan kat matrik memandangkan banyak masa terluang dan terbuang.
lel~

so if you follow my blog, please check often kot2 aku terajin nak update.
lagipun next 2 week dah start new semester. memang tak laa kerajinan tu wujud.
haha.

Akhir kalam, terima kasih kerana sudi singgah dekat blog aku. :-D

Assalamualaikum, arigatou, sayonara minna, ma'assalamah. :D


Happy Eid Mubarak to all muslimin, muslimat

Tuesday 6 August 2013

assalamualaikum. konnichiwa, kaifa halukum? waddup?


seperti yang semua tahu, hari ni last puasa; last day of ramadhan. esok nak raya dah. awak tahu tak? esok raya!

tapi agak terasa jugak laa, bila ramadhan ni aku sia2kan dengan buat dosa, apatah lagi kurang beribadat.
aku ni lemah iman orangnya.. guys, doakan aku akan terus sabar dan tabah hadapi dugaan Allah dan ujian-Nya. :')
aku harap aku dapat lagi rasa ramadhan tahun depan, in sya Allah.
so buat hari terakhir ramadhan ni, kita jangan sia2kan. :')

dalam kesempatan ini a.k.a. dalam post ni, aku ingin ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. happy eid mubarak!


diri ini nak memohon ampun, zahir dan batin kepada student batch 94 sk. pulapah, smk ser hills, dan kolej matrikulasi negeri sembilan serta sahabat2 yang dikenali. sekiranya aku telah melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja, dengan niat ataupun tanpa niat. aku manusia biasa, tak terlepas daripada kejahilan dan kekurangan.

special mention : afifah hanani, laksamana indera farhan, abe syahir, faiz zainal, luqman hafiz, Iqbal Aqil, cik atie tyra, sk. pulapah batch 94, 3 KAA batch 94, 5 sains batch 94, praktikum KMNS S2AP3 batch 94 and tolo mppb 2013/2014( sory korang ramai! banyak nak kena mention.  tapi aku ingat korang semua. :3 )
jangan lupa datang rumah! tapi duit raya takdak. tahun ni ekonomi meleset~

yang aku tak mention bukan aku tak ingat, cume korang comel sangat sampai malu nak mention. haha~

okay lah, bulan syawal ni jangan lupa pada yang jauh, jangan lupa pada yang tiada, sedeqahkan al-Fatihah buat yang disana. :') raya kena bersederhana, barulah barakah. :D
bagi yang memandu atau menunggang ke kampung, berhati2 la ye. bagi yang menumpang pemandu dan penunggang, nasihat laa mereka supaya berhati2. hehe~

chau dulu ahh. nak tolong kemas rumah. esok raya, awak tahu tak? bukan lusa, bukan tulat, bukan sejam, bukan 2 jam, bukan 2 tahun, bukan 2-3 dekad, tapi esok awak~ esok~

Assalamualaikum, arigatou, sayonara minna, ma'assalamah. :D

p/s : wanna leave my past, never return back. and keep living in baraka in my new life.


Lampu Simpang: Bukan sekadar Drama, Drama dengan nilai tersendiri

Assalamualaikum. konnichiwa~ kaifa halukum? waddup?


sory guys, aku memang malas nak update blog kalau takde idea. tapi kalau dah ada idea, ia datang mencurah-curah. (poyo)

tajuk postpun dah tahu yang aku nak cerita pasal lampu simpang, a.k.a. traffic light.
drama melayu yang aku tengok pagi tadi lepas sahur kat channel astro prima.
serious, aku ni memang jarang tengok drama melayu, especially yang cintan2. lemas otak dan jiwa.
bagi yang minat drama cintan-cintun, sorry to say guys, kito tak sejiwo. h0h0~

tapi cerita Lampu Simpang ni lain daripada yang lain. ada nilai estetika(macam lain je eja) tersendiri.

cerita ni mengisahkan tentang konflik antara adat dan kemajuan antara tok penghulu, budak2 kampung
 dan D.O a.k.a. district officer a.k.a. pegawai daerah. okey, aku memang dah lupa nak buat sinopsis. cukuplah korang tahu tema dan persoalan cerita ni.

kenapa lampu simpang? apa dosa tiang sebatang ni?

cerita pasal d.o baru yang nak buat perubahan, atau lebih tepat lagi nak bagi kemajuan kepada kampung tok sidang ( yeker? aku agak je nama kampung tu, sebab aku tak tengok dari awal. haha).
so, sebagai permulaan dia pasang laa traffic light kat satu simpang dekat dengan rumah tok putih ( tok penghulu).
tapi disebabkan traffic light tu, tok putih bengang sebab kena tunggu pulak nak melintas, sedangkan dia tu tok penghulu, orang patut bagi dia jalan dulu sebagai tanda hormat kepada tok penghulu.
diapi2kan pulak oleh tok napi(yang ni betul aku bedal je. sebab memang tak clear orang sebut nama dia.). lagi serabut otak tok putih.
buyung pulak tak setuju dengan tok putih, sebab bagi dia traffic light tu dapat mengelakkan kemalangan dan mendisiplinkan orang kampung.
d.o pulak serabut perut nak pikir camne nak selesaikan masalah pasal traffic light dan ego 'd.o'nya turut tercabar. serabut jugak laa cerita ni.

apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal  perwatakan setiap watak dalam cerita ni. bagi aku inilah yang menggambarkan sikap orang melayu.


Tok Putih : mempunyai ego sebagai tok penghulu memandangkan dia memang keturunan tok penghulu dari nenek moyang dia. mudah terpengaruh dengan kata2 orang kampung yang mengapi2kan dia. merasakan adat itu patut dipertahankan dan sukar menerima perubahan dan kemajuan.

Buyung : merasakan kemajuan turut penting untuk generasi akan datang. menjadi wakil orang2 muda yang mahukan perubahan di kampungnya. akhirnya terpaksa akur dengan kehendak penghulu.

Sue Rokiah : anak tok putih. konflik antara bossnya, d.o, ayahnya dan buah hatinya, buyung. akhirnya berhenti kerja kerana tak tahan d.o mengurat dia. lagi2 bila d.o dan tok putih bermusuh. berkonflik dengan buyung, yang mahukan kemajuan dan ayahnya yang mempertahankan adat.

d.o : egonya sebagai pegawai daerah baru. dia merasakan yang dia tidak memerlukan kebenaran tok putih untuk melakukan tugasnya.

tuan haji sudirman : watak misteri dalam drama ni. dia sebagai sumber rujukan tok putih, buyung dan d.o. apabila mereka bertiga buntu, tuan haji laa mereka cari untuk minta jalan penyelesaian. rasanya dia bekas d.o kat kampung tu. :3

tok napi : watak yang menyakitkan hati. mengapi2kan tok putih. selalu membantah pendapat buyung. yang penting, karakter buruk semua dia. :p

telemovie ni sepatutnya diangkat dan ditonton oleh semua rakyat malaysia sebab cerita ni emnggambarkan sikap orang malaysia. bukan cerita cintan tu. aku tak suka. haha~

nilai dan pengajaran korang kena pikir sendiri. dah besarkan? h0h0~

okeylah, aku perlu stop kat sini. nak kena tolong buat persiapan raya esok. paham tak? raya esok!

Assalamualaikum, arigatou minna, sayonara, ma'assalamah. :)

p/s : post kali ni boring sikit. errr, banyak kot. :D


PIJAT! Why Me????!

Tuesday 23 July 2013

Assalamualaikum, konnichiwa? Waddup? Kaifa Halukum?


ini masalah yang dah melanda rumah aku selama sebulan(tak kira, ni congak jer). memang pening, tak tahu nak ikhtiar macam mana dah. huuu~

for those who dont know about this binatang, (tipu lettew tak tahu) pijat atau lebih dikenali sebagai serangga katil a.k.a bedbug ni dalam keluarga cimicidae, atau explanation dalam bahasa melayunye, serangga yang menghisap darah.
eeeew~ aku yang sejantan ini pun geli tengok.

pijat a.k.a bedbug ni dapat namanya dari kawasan habitat mereka, iaitu katil. selalunye lah. kadang2 ade jugak die kat celah2 dinding, tingkap, almari dan perabot2 yang wujud.
pijat ni aktif waktu malam, tapi benatang ni tak di kategorikan sebagai nocturnal (haiwan yang aktif pada waktu malam).

gigitan pijat ni selalunya memang tak rase laa. die hisap darah secara ninja, in a stealth way.
kes2 love bite pijat ni jarang menyebabkan kes penyakit berjangkit.
cume die akan tinggalkan kesan merah2 pada kulit. dan boleh jugak menyebabkan masalah alergi dan masalah psikologi (akupun tak tahu macam mana boleh jadi camtu).
yang ni comel sikit.

sumber rujukan: bedbug - wikipedia (wiki antara website yang kaye raye, semua rujuk kat die)

dah macam2 cara jugak aku search kat google nak halau pijat dari rumah aku.
selalunye orang akan letak kulit durian, serai, belerang dan macam2 lagi tumbuhan yang ade.
tapi aku paling berminat dengan teknik yang akak ni gunakan,
sejahtera atas Sulaiman di dunia dan Akhirat

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

-Doa Nabi Sulaiman-

seperti yang kita tahu, Nabi Sulaiman a.s sangat hebat kerana semua hidupan tunduk dan menghormati kepada rasul Allah ini. doa ni digunakan oleh seorang blogger, Kak Long masa rumah die dilanda pijat(in sya Allah, dengan izin-Nya).
untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik kat link yg aku lekatkan kat nme kak long kat atas.

aku belum try lagi, in sya Allah akupun nak cube jugak nanti, mane tahan malam2 bergaru jer. dah macam monkeypun ade aku ni kadang2.

okay ler, akupun nak undurkan diri dulu, wish you could spend your 1 minute to support my blog, follow and comment yeah. saya budak baru nak up. :3

MA'ASSALAMAH, ASSALAMUALAIKUM, SAYONARA MINAA.


p/s: my job everynight : bedbug hunter. -_-