PIJAT! Why Me????!

Tuesday 23 July 2013

Assalamualaikum, konnichiwa? Waddup? Kaifa Halukum?


ini masalah yang dah melanda rumah aku selama sebulan(tak kira, ni congak jer). memang pening, tak tahu nak ikhtiar macam mana dah. huuu~

for those who dont know about this binatang, (tipu lettew tak tahu) pijat atau lebih dikenali sebagai serangga katil a.k.a bedbug ni dalam keluarga cimicidae, atau explanation dalam bahasa melayunye, serangga yang menghisap darah.
eeeew~ aku yang sejantan ini pun geli tengok.

pijat a.k.a bedbug ni dapat namanya dari kawasan habitat mereka, iaitu katil. selalunye lah. kadang2 ade jugak die kat celah2 dinding, tingkap, almari dan perabot2 yang wujud.
pijat ni aktif waktu malam, tapi benatang ni tak di kategorikan sebagai nocturnal (haiwan yang aktif pada waktu malam).

gigitan pijat ni selalunya memang tak rase laa. die hisap darah secara ninja, in a stealth way.
kes2 love bite pijat ni jarang menyebabkan kes penyakit berjangkit.
cume die akan tinggalkan kesan merah2 pada kulit. dan boleh jugak menyebabkan masalah alergi dan masalah psikologi (akupun tak tahu macam mana boleh jadi camtu).
yang ni comel sikit.

sumber rujukan: bedbug - wikipedia (wiki antara website yang kaye raye, semua rujuk kat die)

dah macam2 cara jugak aku search kat google nak halau pijat dari rumah aku.
selalunye orang akan letak kulit durian, serai, belerang dan macam2 lagi tumbuhan yang ade.
tapi aku paling berminat dengan teknik yang akak ni gunakan,
sejahtera atas Sulaiman di dunia dan Akhirat

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

-Doa Nabi Sulaiman-

seperti yang kita tahu, Nabi Sulaiman a.s sangat hebat kerana semua hidupan tunduk dan menghormati kepada rasul Allah ini. doa ni digunakan oleh seorang blogger, Kak Long masa rumah die dilanda pijat(in sya Allah, dengan izin-Nya).
untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik kat link yg aku lekatkan kat nme kak long kat atas.

aku belum try lagi, in sya Allah akupun nak cube jugak nanti, mane tahan malam2 bergaru jer. dah macam monkeypun ade aku ni kadang2.

okay ler, akupun nak undurkan diri dulu, wish you could spend your 1 minute to support my blog, follow and comment yeah. saya budak baru nak up. :3

MA'ASSALAMAH, ASSALAMUALAIKUM, SAYONARA MINAA.


p/s: my job everynight : bedbug hunter. -_-


4 comments:

afifah0hsem said...

thanks for the Nabi Sulaiman's du'a :')

Unknown said...

most welcome. sharing is caring. :D

afifah0hsem said...

hehe *saya like komen syu! ^.^*

Unknown said...

aaaum. thankz. haha :3

Post a Comment