Lampu Simpang: Bukan sekadar Drama, Drama dengan nilai tersendiri

Tuesday 6 August 2013

Assalamualaikum. konnichiwa~ kaifa halukum? waddup?


sory guys, aku memang malas nak update blog kalau takde idea. tapi kalau dah ada idea, ia datang mencurah-curah. (poyo)

tajuk postpun dah tahu yang aku nak cerita pasal lampu simpang, a.k.a. traffic light.
drama melayu yang aku tengok pagi tadi lepas sahur kat channel astro prima.
serious, aku ni memang jarang tengok drama melayu, especially yang cintan2. lemas otak dan jiwa.
bagi yang minat drama cintan-cintun, sorry to say guys, kito tak sejiwo. h0h0~

tapi cerita Lampu Simpang ni lain daripada yang lain. ada nilai estetika(macam lain je eja) tersendiri.

cerita ni mengisahkan tentang konflik antara adat dan kemajuan antara tok penghulu, budak2 kampung
 dan D.O a.k.a. district officer a.k.a. pegawai daerah. okey, aku memang dah lupa nak buat sinopsis. cukuplah korang tahu tema dan persoalan cerita ni.

kenapa lampu simpang? apa dosa tiang sebatang ni?

cerita pasal d.o baru yang nak buat perubahan, atau lebih tepat lagi nak bagi kemajuan kepada kampung tok sidang ( yeker? aku agak je nama kampung tu, sebab aku tak tengok dari awal. haha).
so, sebagai permulaan dia pasang laa traffic light kat satu simpang dekat dengan rumah tok putih ( tok penghulu).
tapi disebabkan traffic light tu, tok putih bengang sebab kena tunggu pulak nak melintas, sedangkan dia tu tok penghulu, orang patut bagi dia jalan dulu sebagai tanda hormat kepada tok penghulu.
diapi2kan pulak oleh tok napi(yang ni betul aku bedal je. sebab memang tak clear orang sebut nama dia.). lagi serabut otak tok putih.
buyung pulak tak setuju dengan tok putih, sebab bagi dia traffic light tu dapat mengelakkan kemalangan dan mendisiplinkan orang kampung.
d.o pulak serabut perut nak pikir camne nak selesaikan masalah pasal traffic light dan ego 'd.o'nya turut tercabar. serabut jugak laa cerita ni.

apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal  perwatakan setiap watak dalam cerita ni. bagi aku inilah yang menggambarkan sikap orang melayu.


Tok Putih : mempunyai ego sebagai tok penghulu memandangkan dia memang keturunan tok penghulu dari nenek moyang dia. mudah terpengaruh dengan kata2 orang kampung yang mengapi2kan dia. merasakan adat itu patut dipertahankan dan sukar menerima perubahan dan kemajuan.

Buyung : merasakan kemajuan turut penting untuk generasi akan datang. menjadi wakil orang2 muda yang mahukan perubahan di kampungnya. akhirnya terpaksa akur dengan kehendak penghulu.

Sue Rokiah : anak tok putih. konflik antara bossnya, d.o, ayahnya dan buah hatinya, buyung. akhirnya berhenti kerja kerana tak tahan d.o mengurat dia. lagi2 bila d.o dan tok putih bermusuh. berkonflik dengan buyung, yang mahukan kemajuan dan ayahnya yang mempertahankan adat.

d.o : egonya sebagai pegawai daerah baru. dia merasakan yang dia tidak memerlukan kebenaran tok putih untuk melakukan tugasnya.

tuan haji sudirman : watak misteri dalam drama ni. dia sebagai sumber rujukan tok putih, buyung dan d.o. apabila mereka bertiga buntu, tuan haji laa mereka cari untuk minta jalan penyelesaian. rasanya dia bekas d.o kat kampung tu. :3

tok napi : watak yang menyakitkan hati. mengapi2kan tok putih. selalu membantah pendapat buyung. yang penting, karakter buruk semua dia. :p

telemovie ni sepatutnya diangkat dan ditonton oleh semua rakyat malaysia sebab cerita ni emnggambarkan sikap orang malaysia. bukan cerita cintan tu. aku tak suka. haha~

nilai dan pengajaran korang kena pikir sendiri. dah besarkan? h0h0~

okeylah, aku perlu stop kat sini. nak kena tolong buat persiapan raya esok. paham tak? raya esok!

Assalamualaikum, arigatou minna, sayonara, ma'assalamah. :)

p/s : post kali ni boring sikit. errr, banyak kot. :D


0 comments:

Post a Comment